Wednesday, December 16, 2009

Ada apa dengan Nasheed??



























































Nasyid
merupakan satu genre muzik yang merupakan alternatif hiburan kepada mereka yang mahu menjaga hati, seperti tema akademi nasyid, hiburan yang mendidik jiwa.

Aku cuba mencari definisi nasyid dalam wikipedia dan menurut wikipedia:

"Nasheeds are moral, religious songs sung in various melodies by some Muslims of today without any musical instruments. However some nasheed groups perform by using some percussion instruments. This type of singing of moral songs without Music is considered as permissible (halal) by almost all stern Muslims."

Nasyid merupakan hiburan yang bermoral, lagu dan melodi yang menginsafkan. Dinyanyikan oleh orang Islam tanpa alat muzik. Tetapi ada juga kumpulan nasyid yang menggunakan sesetengah alatan perkusi. Nasyid diterima sebagai halal oleh kebanyakan orang islam.

Tinjauan peribadi ana, kebanyakan lagu nasyid kini lebih cenderung kepada pop. Dan entah mengapa, lagu - lagu nasyid kini agak sukar untuk melekat di sanubari berbanding lagu nasyid pada era awal kemunculan kumpulan the zikr,Nadamurni,Qathrunnada, raihan (2-3 album yang pertama), Rabbani, Hijjaz, Diwani, NowSeeHeart saujana dan lain2. Lagu puteriku sayang dendangan hijjaz dengan iringan alat perkusi yang minimum lebih menyusuk hati berbanding gubahan semula yang dinyanyikan bersama kumpulan mestica. Mungkinkah kita perlu kembali kepada gubahan lagu nasyid yang menggunakan elemen muzik yang sedikit pudar berbanding yang ada di pasaran sekarang?

Jika ditinjau, lagu nasyid yang benar2 tiada sebarang penggunaan alatan perkusi yang mampu mencapai tahap antarabangsa hanyalah Zain Bikha. Tetapi, mengikut pendapat teman2 yang bukan dari aliran ini, ianya amat membosankan. Jika di tanya lagu dan kumpulan nasyid yang paling diingati dan diminati, tidak lain dan tidak bukan ialah lagu Pergi Tak Kembali alunan vokal mantap arwah Ustaz Asri Rabbani. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan semoga lagu pergi tak kembali terus memberi peringatan kepada kita tentang kematian yang bukannya perlu ditakuti pertemuan dengannya kerana ia pasti akan tiba, tetapi takut kerana kita masih tetap tidak bersedia untuk menghadapinya dengan amalan yang masih sedikit...


No comments:

Post a Comment